MB Johor Pikat Hati PVATM Negeri, Merasai Amat Mesra Sekali! - Ibrahim Yahya


"Saya serta seluruh warga Persatuan Veteran ATM (PVATM) Negeri Johor merasai amat mesra semasa bersama dengan Menteri Besar yang benar-benar mesra," itulah kata-kata Yang Dipertua (YDP) PVATM, Ibrahim Yahya kepada Dato' Dr. Sahruddin Jamal.

Ibrahim berkata demikian menerusi ruang komen di Facebook rasmi Sahruddin selepas satu pertemuan sempena Persidangan Perwakilan Tahunan PVATM Negeri Johor Kali Ke-51 yang diadakan.


Tambah Ibrahim lagi, Sahruddin memikat hati dan perasaan ahli PVATM yang lama meninggalkan perjuangan demi bangsa dan negara sekali gus berharap segala perjuangan lampau tersebut akan mendapat pengiktirafan yang berterusan.

Oleh kerana wajah-wajah yang ditemui semasa persidangan tersebut adalah wira-wira yang telah berjuang dan berkorban demi mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara, Sahruddin beranggapan pertemuan itu membawa pengertian yang cukup besar.


"Disebabkan jasa serta bakti yang mereka curahkan semasa dalam perkhidmatan suatu ketika dahulu, keharmonian dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara sehingga ke hari ini.

"Secara peribadi, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan doakan semua veteran tentera terus diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rahmat Allah SWT," katanya.


Dalam masa sama, kenyataan itu boleh disifatkan mewakili kerajaan negeri Johor yang tidak melepaskan peluang untuk menyanjung tinggi jasa dan keringat yang telah dicurahkan para anggota veteran tentera selama ini.

** E-MedPro **

No comments