Biasanya Lipmate Tinggalkan Kesan Tetapi Kissable Wujudkan Keterujaan Pula!

Apabila bercakap tentang pewarna bibir, sudah pasti wanita sering berdepan dilema untuk memilih produk manakah yang lebih bagus dan sesuai untuk digunakan.

Kebimbangan terjadi sekiranya pewarna bibir yang dibeli cepat pudar warna dan perlu dipakai semula setiap kali selepas makan serta atau tinggalkan kesan pada gelas minuman.

Mengatasi permasalahan itu, Donna Hazs yang merupakan pengasas Kissable by Mikay Cosmetics tampil membantu bagi menyelesaikan kebuntuan wanita yang sentiasa ingin tampil menarik.


"Kissable bersifat ringan, tidak melekat dan tahan lama. Pewarna bibir sebegini ada masanya sukar dicari kerana setiap produk memiliki elemen tersendiri yang ingin ditampilkan.

"Kalau bercakap dari segi nilai pula, Kissable menawarkan harga mampu milik serendah RM39.99 sahaja dan ia boleh dibeli menerusi atas talian dan juga stokis yang berdaftar," katanya.

Ujar Donna lagi, Kissable dicipta dengan penggunaan bahan-bahan semulajadi sekali gus tidak akan memberikan kesan sampingan kepada si pemakai.

Terdapat lima variasi warna dan Kissable wajar dimiliki oleh semua wanita tidak mahu wajah mereka kelihatan kusam dan tidak bersemangat!


No comments