Wajarkah 512 Rakyat Johor Dari Tiga Buah Kampung Terima Hakmilik Tanah?


Sudah lama menanti namun baru kini doa termakbul. Itulah antara perasaan yang dapat digambarkan mewakili 512 rakyat Johor yang menerima hakmilik tanah masing-masing.

Penyerahan hakmilik tanah itu melibatkan masyarakat yang menetap di tiga buah kampung seperti Kampung Haji Hamzah, Kampung Paya (Haji Basri) serta Kampung Sumber Jaya.


Kata Menteri Besar Johor, Dato' Dr. Sahruddin Jamal, antara fokus kerajaan negeri ketika ini adalah menamatkan penantian para penerima selama ini.

Penyerahan hakmilik tanah tersebut jelas membuktikan komitmen kerajaan negeri Johor dalam menunaikan janjinya.


Sebelum itu, Sahruddin sempat diberikan taklimat mengenai pembangunan semasa di Kluang sekali gus menyempurnakan pecah tanah projek menaiktaraf persimpangan Jalan P. Srinivasan yang melibatkan kos RM1.45 juta.

Projek ini sangat penting kerana keutamaan pembangunan infrastruktur dan prasarana demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat seharusnya diletakkan pada tempat yang pertama.


Begitu juga dengan Bandar Renggam, kesempatan Sahruddin menyantuni penduduk dan peniaga setempat untuk bertanya khabar dan mendengar saranan mereka merupakan bukti kerajaan negeri Johor amat cakna dengan rakyatnya.


Dalam erti kata lain, sekiranya usaha yang dilakukan pemimpin semasa memberi impak yang positif serta rakyat juga menerima pelbagai manfaat yang baik, sulaman antara rakyat dan pemimpin harus dikekalkan biar pun berbeza agama, bangsa, politik serta latar belakang.

** E-MEDPRO **

No comments