Shah Rukh Khan, Jackie Chan, Jason Momoa dan Jean-Claude Van Damme!


Empat ikon global dan pelakon yang menjadi fenomena di seluruh dunia berjaya dirakam menerusi sekeping gambar.
Tidak lain tidak bukan, mereka adalah Shah Rukh Khan, Jackie Chan, Jason Momoa dan Jean-Claide van Damme.
Keempat-empat mereka ditemui dalam sebuah program yang bernama The Joy Forum yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.
Menariknya, kesemua mereka tampil dengan variasi gaya kemas serta santai masing-masing.
Shah Rukh Khan dan Jason Momoa dilihat memakai kemeja putih dengan kot berwarna manakala Jackie Chan serta Jean-Claide mengenakan pakaian santai.
The Joy Forum dianjurkan bagi mengumpul ikon global industri seni dari seluruh dunia dan Arab Saudi melihat perkara ini memiliki perkembangan yang baik.

Klik sini
** E-MEDPRO **

No comments