[VIDEO] Fail S : Tangan Hantu Dari Dalam Kereta Dekat Jalan Lama Gombak


Baru-baru ini tular sebuah lagi video yang dikatakan mengandungi unsur seram sehingga tegak bulu roma menerusi Facebook, Telegram serta Whatsapp.

Kejadian berlaku di jalan lama Gombak dan sebuah kereta dipercayai telah terbabas namun nasib pemandunya tidak diketahui.

Apa yang menarik hati, rakaman berdurasi 2 minit 50 saat itu menimbulkan pelbagai spekulasi yang serba misteri.

Lebih-lebih lagi pada satu ketika, pada cermin tempat duduk belakang, seperti ada tangan memegang sesuatu dan melepaskannya.

Yang menimbulkan keghairahan, tangan itu seperti menolak 'benda' itu keluar dan kemudian menarik tangannya perlahan-lahan masuk ke dalam kereta.


Cuba mainkan video di atas dan tengok sendiri. Percaya atau tidak apa yang E-MEDPRO kongsikan? Apa komen anda? - DARI FAIL S

No comments